PEPERIKSAAN STAM DAN HALATUJU LEPASAN STAM

Infografik ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Infografik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Untuk Rujukan Anda

Infografik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Untuk Rujukan Anda. Jika anda mempunyai minat yang tinggi untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia atau lebih dikenali ramai di Malaysia dengan kata singkatan STAM maka infografik ini amat penting untuk anda. 

Melalui infografik ini ada 10 infomasi penting mengenai STAM yang perlu anda ketahui iaitu:

APA ITU SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)?

Berikut penerangan terperinci tentang STAM yang perlu anda tahu.


1) Latar Belakang

- Sijil STAM sebagai syarat kelayakan memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir.

- Menggantikan 26 sijil yang dikeluarkan oleh negeri-negeri secara berasingan.


2) Usahasama

Termeterai Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.


3) Tarikh Mula

Peperiksaan STAM disebarluas dan dilaksanakan mulai tahun 2000.


4) Kurikulum dan Buku Teks

Diambil daripada Maahad Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir


5) Tiga Bidang



Merangkumi 10 mata pelajaran dalam tiga bidang: Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.


6) Bahasa Pengantar

Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam PdP dan peperiksaan.


7) Pengiktirafan

- STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

- Pemegang sijil STAM layak memohon ke IPTA dengan sijil ini.


8) Syarat Pensijilan

Sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran.


9) Pangkat Sijil

i- Mumtaz (cemerlang)

ii- Jayyid Jiddan (sangat baik)

iii- Jayyid (baik)

iv- Maqbul (lulus)


10) Pengantarabangsaan

Peperiksaan STAM diperkenalkan di Kemboja mulai tahun 2016.



Perkara utama yang anda harus tahu ialah STAM adalah setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pemegang sijil STAM layak untuk memohon kemasukan ke IPTA menggunakan sijil STAM.


HALATUJU LEPASAN STAM





Diharapkan dengan adanya maklumat dan infografik ini kekeliruan orang ramai mengenai STAM dapat diatasi dan orang ramai semakin yakin dengan STAM pada masa akan datang.



4 ulasan:

  1. Syukran... Saya kini lebih memahami tentang STAM.. Teruskan usaha murni

    BalasPadam
  2. maknanya STAM boleh guna untul mohon ipg dan nursingkan....

    BalasPadam
  3. Kalau result stam saya maqbul ipt kerajaan saya tak lepas adakah saya perlu ambil semula diploma di ipts :) sekian terima kasih

    BalasPadam
  4. Stam spt stpm boleh mohon terus prog ijazah sarjana muda di ipts

    BalasPadam