Kitab Terjemahan Fathul Muin Syarah Kepada Qurratul 'Ain (Bahasa Arab & Bahasa Melayu) Bagi Syeikh Zainuddin Al-Malibari

KITAB TERJEMAHAN BAHASA ARAB - BAHASA MELAYU
FATHUL MUIN (FEKAH)
KULIT TEBAL : HARD COVER)
JUMLAH MUKA SURAT: 554
PENERBIT: DARUL BUSYRA, MALAYSIA
PENGEDAR: BUKU STAM ONLINE
HARGA: RM65.00
(Kitab Terjemahan Fathul Muin Lengkap dalam 1 jilid)












Pengenalan:


Kitab Fath Mu'in merupakan kitab fiqh  mazhab al-Syafi'i yang menjadikan rujukan utama dalam permasalah fiqh di kalangan ulama al-Syafi'iyyah yang muta-akkhirin. Kitab ini merupakan karya al-'Allamah Zaynuddin al-Malibari , seorang murid Syaikh al-Islam Ibn. Hajar al-Haytami yang terkenal.


Berdasarkan muqaddimah pengarangnya, kitab ini merupakan syarah atau huraian kepada kitab Qurrah al-'Ayn Fi Muhimmat al-Din, iaitu kitab karya beliau sendiri.


Kandungan / Metode Penyusunan:


Kitab Fathul Mu’in ini tak jauh bezanya dengan kitab-kitab fiqh yang lain, iaitu membincangkan semua permasalahan Fiqhiyah, mulai dari 'Ibadah, Mu’amalah, Munakahah dan juga Jinayah dengan di klasifikasikan sesuai dengan bab-babnya.


Jika kitab-kitab fiqh biasanya memulai pembahasan dengan Kitab Thaharah, sebagai intrumen penting sebelum melakukan Ibadah Sholat, tetapi kitab Fathul Mu’in ini mengawali pembahasan langsung ke Kitab Sholat, sebagai Ibadah yang paling penting dalam agama Islam, dengan mengawali pembahasan Sholat, secara automatik juga membahas Thaharah, kerana Sholat tidak akan sah kecuali dengan Thaharah.


Dalam pembahasan Sholat, kitab ini lebih enak untuk di telaah, kerana dalam membahas kaifiyah atau tata cara Sholat, kitab Fathul Mu’in ini lebih baik dibanding dengan kitab lain, kerana dalam penyebutan, tidak di klasifikasikan sesuai dengan fardlu dan sunatnya, melainkan disebutkan sesuai dengan letak kaifiyah itu, metode seperti ini juga di terapkan dalam pembahasan Haji dan Umrah.


Terjemahan Fath al-Mu'in, terjemahan dalam bahasa Melayu. Kitab ini diterjemahkan oleh Nuruzzaman MZ. Terbitan Darul Busyra. Keistimewaan kitab terjemahan ini, ialah teks asalnya yang berbahasa Arab diletakkan bersama dengan terjemahannya dalam satu halaman. Teks Arab diletakkan di sebelah kiri dan terjemahannya di sebelah kanan. Bentuk terjemahan seperti sangat sesuai dan memudahkan bagi pembaca, khususnya mereka yang sedang mempelajari kitab-kitab rujukan agama klasik. Mereka boleh membuat perbandingan antara terjemahan dan teks asalnya. Mungkin terjemahan yang dilakukan kurang menepati maksud teks asal atau kurang difahami oleh pembaca dan perlu merujuk kembali teks asalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan