Kitab Terjemahan Fathul Muin Syarah Kepada Qurratul 'Ain (Bahasa Arab & Bahasa Melayu) Bagi Syeikh Zainuddin Al-Malibari
Pengenalan:
Kitab Fath Mu'in merupakan kitab fiqh mazhab al-Syafi'i yang menjadikan rujukan utama dalam permasalah fiqh di kalangan ulama al-Syafi'iyyah yang muta-akkhirin. Kitab ini merupakan karya al-'Allamah Zaynuddin al-Malibari , seorang murid Syaikh al-Islam Ibn. Hajar al-Haytami yang terkenal.
Berdasarkan muqaddimah pengarangnya, kitab ini merupakan syarah atau huraian kepada kitab Qurrah al-'Ayn Fi Muhimmat al-Din, iaitu kitab karya beliau sendiri.
Kandungan / Metode Penyusunan:
Kitab Fathul Mu’in ini tak jauh bezanya dengan kitab-kitab fiqh yang lain, iaitu membincangkan semua permasalahan Fiqhiyah, mulai dari 'Ibadah, Mu’amalah, Munakahah dan juga Jinayah dengan di klasifikasikan sesuai dengan bab-babnya.
Jika kitab-kitab fiqh biasanya memulai pembahasan dengan Kitab Thaharah, sebagai intrumen penting sebelum melakukan Ibadah Sholat, tetapi kitab Fathul Mu’in ini mengawali pembahasan langsung ke Kitab Sholat, sebagai Ibadah yang paling penting dalam agama Islam, dengan mengawali pembahasan Sholat, secara automatik juga membahas Thaharah, kerana Sholat tidak akan sah kecuali dengan Thaharah.
Dalam pembahasan Sholat, kitab ini lebih enak untuk di telaah, kerana dalam membahas kaifiyah atau tata cara Sholat, kitab Fathul Mu’in ini lebih baik dibanding dengan kitab lain, kerana dalam penyebutan, tidak di klasifikasikan sesuai dengan fardlu dan sunatnya, melainkan disebutkan sesuai dengan letak kaifiyah itu, metode seperti ini juga di terapkan dalam pembahasan Haji dan Umrah.
Terjemahan Fath al-Mu'in, terjemahan dalam bahasa Melayu. Kitab ini diterjemahkan oleh Nuruzzaman MZ. Terbitan Darul Busyra. Keistimewaan kitab terjemahan ini, ialah teks asalnya yang berbahasa Arab diletakkan bersama dengan terjemahannya dalam satu halaman. Teks Arab diletakkan di sebelah kiri dan terjemahannya di sebelah kanan. Bentuk terjemahan seperti sangat sesuai dan memudahkan bagi pembaca, khususnya mereka yang sedang mempelajari kitab-kitab rujukan agama klasik. Mereka boleh membuat perbandingan antara terjemahan dan teks asalnya. Mungkin terjemahan yang dilakukan kurang menepati maksud teks asal atau kurang difahami oleh pembaca dan perlu merujuk kembali teks asalnya.
Kitab Kompilasi Matan Matan Asasi Panduan Dan Rujukan Terjemahan Bahasa Arab Ke Bahasa Melayu (Mengandungi 11 Matan)
Tersedia dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu
Senarai Matan-Matan
1. Matan Al Ajurrumiah
2. Nazam Al Ajurrumiah
3. Matan Bina Wal Asas
4. Matan 'Izzi
5. Matan Maqsud
6. Madkhal
7. Matan Ummul Barahin
8. Matan Jauharah Tauhid
9. Matan Ghayatu Taqreeb
10. Ta'lim Muta'allim
11. Kitab Tasrif
Jumlah muka surat: 363
Kulit buku: Kulit nipis
Lihat isi kandungan kitab ini
Terjemahan Lengkap Kitab Al-Iqna' (Pelajaran Fiqh Dan Faraid)
- Kitab ini mengandungi 2 bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
- Kitab ini melengkapi 2 matapelajaran tunjang STAM iaitu Fiqh dan Faraid (Mirath)
- Kitab ini menepati sukatan pelajaran terbaru STAM 2020 - 2030, dan bepaksikan buku teks STAM terkini keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
- Kitab ini sesuai digunakan sebagai rujukan guru yang mengajar matapelajaran Fiqh dan Faraid. Kitab ini juga sesuai kepada para calon peperiksaan STAM
- Kitab terjemahan ini dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran dengan baik serta dapat menghafal pelajaran dengan sempurna bagi persediaan menghadapi peperiksaan STAM. In sha Allah.
- Kitab ini datang dengan 2 jilid (iaitu Juzuk 1 dan Juzuk 2). Tidak dijual berasingan.
Terjemahan Lengkap Kitab Syarah Ibnu Aqil (Pelajaran Nahu)
- Kitab ini mengandungi dwibahasa iaitu Bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu.
- Kitab ini merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran terbaru STAM
- Kitab ini selaras dengan Buku Teks STAM keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
- Kitab ini sesuai untuk rujukan guru dan pelajar
- Kitab ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran Nahu dan seterusnya dapat mengingati pelajaran yang dipelajari dengan baik bagi persediaan menghadapi peperiksaan sebenar STAM
Penulis: Syeikh Bahauddin Abdullah Ibni Aqil Al-hamdani
Penterjemah: Nuruzzaman MZ
Penerbit: Darul Busyra
Jumlah Muka Surat: 510
Jenis Buku: Kulit Keras (Hardcover)
Buku NAHU & SORF STAM SKOR MUMTAZ edisi 2020 (Percuma buku skema jawapan)
NAHU & SORF STAM 2020 : SKOR MUMTAZ (BESERTA BUKU SKEMA JAWAPAN)
- Buku ini ditulis oleh guru yang mengajar mata pelajaran Nahu Sorf STAM dan berpengalaman mengajar STAM lebih 10 tahun .
- Nota padat dan latihan subtopik meliputi sukatan STAM terkini
- Latihan topikal yang berkualiti berteraskan soalan peperiksaan sebenar
- Menerapkan soalan-soalan berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
- Memuatkan satu set contoh soalan peperiksaan Nahu dan Sorf (kertas 1 dan kertas 2)
- 160 muka surat bersaiz B5
- Kertas yang berkualiti
- Buku nota latihan dan buku jawapan TIDAK dijual berasingan